BAHAN-BAHAN:
½ biji lemon |jangan buat kulit
4 ulas bawang putih
2 biji kurma
1 sudu madu
3 cawan air
CARA MEMBUAT:
Kisar semuanya hingga halus dan kemudian tapis.
Minum sebelah pagi. Tapi pastikan perut tidak kosong.
Antara Khasiat Kurma
Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta.
Kaya dengan serat dan potassium
Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan
Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.
Khasiat Lemon
Bekalan Vitamin C
Menurunkan berat badan. Jus lemon mengandungi Pectin, yang merupakan serat larut yang membantu dalam membakar lemak dan penurunan berat badan. Minum air lemon juga membantu hati menghasilkan lebih hempedu, yang membantu menghadam lemak degil.
Menghalang pembentukan batu karang
Minum air lemon setiap hari meningkatkan paras citrate di dalam urin. Kajian menunjukkan bahawa ianya membantu melindungi badan kita daripada pembentukan batu karang di dalam buah pinggang.
Khasiat Bawang Putih
Membersihkan pencernaan
Bawang putih memiliki kekuatan semulajadi untuk membersihkan racun dan bakteria berbahaya di dalam perut.
Mengurangi masalah saraf
Menurut kajian yang dijalankan oleh boldsky.com, makan bawang putih secara teratur mampu mengurangkan masalah saraf.